Pendaftaran & Pembaharuan Keahlian Pertubuhan Poligami Harmoni Malaysia (Harmoni)

SOALAN LAZIM
1. Apa yang dimaksudkan dengan HARMONI ?
Pertubuhan Poligami Harmoni Malaysia (PPM-023-14-05032019) atau secara ringkasnya disebut sebagai “HARMONI” adalah merupakan satu pertubuhan bertaraf kebangsaan dan bakal mempunyai cawangan di seluruh negeri dan daerah di Malaysia. Ia telah didaftarkan di pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Kuala Lumpur pada 05 Mac 2019.
2. Dimanakah terletaknya lokasi Pertubuhan HARMONI?
No. 41, Jalan Snuker 13/28, Tadisma Business Park, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
3. Apakah PERKHIDMATAN yang ditawarkan oleh HARMONI?
HARMONI membantu ahli-ahli di dalam perkara-perkara berikut:
1. Mengembangkan aktiviti ekonomi sesama ahli.
2. Menguruskan permasalahan ahli berkaitan Nikah, Cerai & Rujuk (NCR).
3. Menerima aduan dan memberikan khidmat nasihat yang bersesuaian.
4. Mengendalikan proses temujodoh sesama ahli.
5. Menguruskan kebajikan ahli-ahli yang berada di dalam kesusahan dan/atau teraniaya.
6. Melatih ahli-ahli di dalam bidang kemahiran keibubapaan, kepemimpinan dan sebagainya.
7. Membantu ahli-ahli menguatkan amalan kerohanian berasaskan aqidah & kaedah yang sahih.
8. Membantu ahli-ahli mendapatkan konsultasi profesional pada harga yang bersesuaian.
4. Apakah VISI HARMONI?
Berjaya di dunia, Berjaya di akhirat
(bersempena
dgn doa di dalam al-Quran yg berbunyi: "Rabbana aatina fiddunia
hasanah, wafil aakhiroti hasanah, waqina azaabannaar)
5. Apakah MISI HARMONI?
Membentuk ahli-ahli menjadi insan yang soleh, musleh dan
bertaqwa bagi mewujudkan keluarga yang mempunyai ciri-ciri sakinah,
mawaddah dan rahmah.
6. Apakah OBJEKTIF HARMONI?
(1) Membincangkan tentang apa jua isu berkaitan dengan
poligami serta merasionalkan apa-apa konklusi dengan membuat
"intellectual filtration". [MEDAN ILMU]
(2) Memperkukuh
kefahaman dan mempergiat amalan ibadah ahli-ahli berasaskan dalil-dalil
yang sahih di dalam ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah. [MEDAN IMAN]
(3) Membentuk sistem sokongan yang menjaga kebajikan ahli-ahli yang ingin/telah berpoligami. [MEDAN AMAL].
(4)
Membentuk ikon poligami yang soleh dan musleh serta menjadi teladan
dalam usaha mempositifkan keluarga sendiri dan masyarakat di luar
tentang hikmah kebaikan poligami. [MEDAN DAKWAH]
7. Apakah NILAI-NILAI UTAMA HARMONI?
1. Berbincang secara ilmiah berasaskan dalil-dalil dan maklumat yang sahih.
2. Menjaga ukhwah dan silaturahim sesama ahli.
3. Menghormati keunikan personaliti setiap ahli.
4. Saling menjaga kebajikan setiap ahli.
8. Apakah AKTIVITI TERAS HARMONI?
1. Diskusi alam maya. [MUNAQASYAH]
2. Melawat tokoh-tokoh terpilih dan/atau melawat ahli-ahli yang ditimpa musibah. [ZIARAH]
3. Perkelahan keluarga di tempat bersantai. [REHLAH]
4. Menghadiri majlis ilmu bersama-sama. [DAURAH]
9. Berapakah yuran yang saya perlu bayar untuk menjadi AHLI HARMONI?
Ada 2 kategori keahlian di dalam persatuan ini. Sila rujuk jadual di bawah.
JENIS KEAHLIAN | PENDAFTARAN BARU |
Ahli Biasa | RM50 |
Ahli Seumur Hidup | RM150 (selepas 31/3/2020 akan dinaikkkan ke RM 650) |
10. Adakah saya perlu memperbaharui keahlian setiap tahun?
Semua kategori keahlian wajib memperbaharui keahlian pada bulan Disember setiap tahun KECUALI Keahlian Seumur Hidup. Rujuk jadual yuran pembaharuan keahlian di bawah.
JENIS KEAHLIAN | YURAN PEMBAHARUAN (TAHUNAN) |
Ahli Biasa | RM30 |
Ahli Seumur Hidup | DIKECUALIKAN |
Sila isi borang pendaftaran di bawah.