Buku Isteri Isteriku Bercinta
Latarbelakang Tuan HISHAM NAMAT:
Suami
kepada Puan Nisah Saleh, Puan Noorafini Idayu Jilani dan Puan Zainun
Ahmad. Bapa kepada 3 anak kandung, seorang anak angkat dan 3 anak tiri.
Beliau menjalani kehidupan sebumbung bersama isteri-isteri dan
anak-anak.
Mendirikan Poligami Harmoni dengan cara berani
berterus terang walaupun di suatu peringkat mendapat tentangan hebat
dari isteri. Bagaimana beliau MENEUTRALKAN tentangan tersebut telah
dikongsi pengalamannya melalui buku #SolusiHarmoniBerkongsiKasih.
Buku
ini telah mendapat review yang baik dari ramai pengamal Poligami
Harmoni sendiri dan mereka yang melalui alam poligami yang turun naik.
Kehadiran buku kedua beliau yang berjudul #IsteriisterikuBercinta pula
telah memahatkan lagi keyakinan masyarakat tentang kemampuan beliau
menjadi "Perunding Poligami Harmoni".
Beliau kini merupakan
Pengerusi Majlis Penasihat Pusat, Pertubuhan Poligami Harmoni Malaysia
#HARMONI. Sebuah NGO yang cuba memurnikan syariat poligami yang telah
sekian lama terfitnah.