Akaun poligamiharmoni.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

GO4 - PEMURNIAN KEFAHAMAN DAN KUASA TINDAK MENUJU POLIGAMI HARMONI

GO4 - PEMURNIAN KEFAHAMAN DAN KUASA TINDAK MENUJU POLIGAMI HARMONI

"PEMURNIAN KEFAHAMAN DAN KUASA TINDAK MENUJU POLIGAMI HARMONI" secara "WHATSAPP GROUP"

???? Macam mana orang lain boleh bahagia berpoligami, dengan isteri-isteri dilihat bergaul mesra seperti adik-kakak???

???? Bagaimana pula isteri boleh mengumpul kekuatan dan masih bersama walaupun suami tega berpoligami???

???? Kenapa kita masih terkial-kial dan tidak move on walaupun isu poligami telah lama kita hadapi???

Sebelum anda teruskan, mari kita kenali siapa Perunding Poligami Harmoni di dalam program GO4

???? Latarbelakang Tuan HISHAM NAMAT:



Suami kepada Puan Nisah Saleh, Puan Noorafini Idayu Jilani dan Puan Zainun Ahmad. Bapa kepada 3 anak kandung, seorang anak angkat dan 3 anak tiri. Beliau menjalani kehidupan sebumbung bersama isteri-isteri dan anak-anak.

Mendirikan Poligami Harmoni dengan cara berani berterus terang walaupun di suatu peringkat mendapat tentangan hebat dari isteri. Bagaimana beliau MENEUTRALKAN tentangan tersebut telah dikongsi pengalamannya melalui buku #SolusiHarmoniBerkongsiKasih.

Buku ini telah mendapat review yang baik dari ramai pengamal Poligami Harmoni sendiri dan mereka yang melalui alam poligami yang turun naik. Kehadiran buku kedua beliau yang berjudul #IsteriisterikuBercinta pula telah memahatkan lagi keyakinan masyarakat tentang kemampuan beliau menjadi "Perunding Poligami Harmoni".

Beliau kini merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Utama, Pertubuhan Poligami Harmoni Malaysia #HARMONI. Sebuah NGO yang cuba memurnikan syariat poligami yang telah sekian lama terfitnah.


(((( GROUP OF 4 ))))


"GROUP OF 4" terdiri daripada 1 Kaunselor dan 3 peserta lain yang SUBSCRIBE pakej.  Peserta akan dipecah mengikut katogeri pakej berikut:


❤️ Suami yang sudah berpoligami dalam keadaan maklum pada isteri dan perlukan pencerahan kearah bagaimana hendak berharmoni
(KOD: 01)

❤️ Suami yang sudah berpoligami dalam keadaan tidak maklum pada isteri tapi inginkan pencerahan kearah bagaimana hendak berharmoni
(KOD: 02)

❤️ Suami yang ingin berpoligami dan perlukan persediaan untuk membentuk Poligami Harmoni
(KOD: 03)

❤️ Isteri pertama yang keliru dan tertekan sebab suami berpoligami dalam keadaan senyap
(KOD: 04)

❤️ Isteri pertama yang keliru dan tertekan sebab suami berpoligami dalam keadaan memaklum tapi gagal menyantuni
(KOD: 05)

❤️ Isteri kedua yang keliru dengan perubahan sikap suami setelah berpoligami dalam keadaan senyap
(KOD: 06)

❤️ Isteri kedua yang keliru dengan perubahan sikap suami setelah berpoligami dalam keadaan memaklum
(KOD: 07)

❤️ Isteri ketiga dan keempat secara terbuka
(KOD: 08)


???? Kenapa "GROUP OF 4" menjadi penyelesaian realistik?


1. Menggunakan kaedah "Kaunseling berkelompok" yang kerap digunapakai oleh kaunselor dalam membantu peserta yang mempunyai permasalahan seiras

2️. Kelompok yang sangat kecil dan boleh berinteraksi secara VIDEO CALL melalui aplikasi WhatsApp yang memang menghadkan maksimum 4 orang sahaja

3️. Saya mampu memberi tumpuan khusus terhadap permasalahan peribadi setiap peserta kerana partisipasi yang minimum

4️. Setiap peserta akan dapat "Cross experience" dari 2 peserta lain dengan bimbingan saya sendiri



???? Bagaimana cara perlaksanaannya?

???? Subscribe mengikut pakej KOD di atas yang sesuai dengan situasi yang anda hadapi

???? Setelah setuju dengan segala terma dan syarat, anda akan dimasukkan ke dalam WhatsApp Group yang bersesuaian

???? Setelah ta'aruf, peserta boleh membentang situasi masing-masing secara TEXT dan boleh sahaja bertukar pandangan. Saya akan berpartisipasi sewajarnya

???? Saya akan mengendalikan 3 kali sesi VIDEO CALL (kebiasaannya malam) secara berempat (Quad) serentak. 1 sesi akan berlangsung minimum 45 minit dan boleh sahaja melebihi masa dengan mengikut kesesuaian. Salah satu dari sesi VIDEO CALL ini akan disertai oleh isteri-isteri saya sendiri

???? Tumpuan kami akan menjurus pada 4M:

???? Mengenali punca masalah
???? Memberi faham kesan hasil dari masalah
???? Mencari titik permulaan untuk bertindak memperbaiki keadaan
???? Menyediakan 'sebab' untuk anda berpegang dengan tindakan walaupun tanpa bimbingan saya lagi


???? Bimbingan dan perkongsian ini akan berlaku secara rasmi selama 3 MINGGU. Selepas tamat tempoh, WhatsApp Group ini akan dibubarkan. Anda akan dimasukkan pula ke dalam WhatsApp Group GALA yang terdiri dari mereka yang juga telah tamat tempoh sesi rundingcara masing-masing. Di situ anda boleh berkongsi pengalaman dengan kes yang lebih pelbagai. Saya tetap menjadi pembimbing di WhatsApp Group GALA tersebut


???? Di sepanjang 3 MINGGU tersebut, anda sepatutnya:

???? Sudah jelas apa yang disifatkan sebagai "Nikmat yang terselindung"
???? Boleh melakukan perubahan pada pola tindakan biasa kepada tindakan luar biasa
???? Bertindak bukan atas dasar semangat seperti baru keluar "Boot Camp", tetapi bertindak atas dasar KEFAHAMAN sebenar terhadap kemurniaan syariat Poligami Harmoni
???? Mempunyai idea untuk lebih tenang dan mengawal keadaan sekiranya keadaan menjadi luar kawalan


TERMA & SYARAT

GO4 menggunakan pendekatan perbincangan pelbagai hala secara aplikasi WhatsApp sahaja. Segala fungsi WhatsApp seperti VIDEO CALL, VOICE NOTE dan TEXT boleh digunapakai

Group ini akan kekal untuk tempoh 3 MINGGU sahaja. Ia akan bermula apabila mendapat syarat MULA dari pihak Admin. Perbincangan boleh sahaja bermula walaupun tidak cukup korum 4 orang. Itu dikira advantage bagi peserta sedia ada.

Apabila perbincangan bermula, tidak akan berlaku penambahan ahli GO4 Ia akan kekal sehingga tamat tempoh 3 MINGGU tersebut

Perbincangan secara TEXT, boleh sahaja berlaku bila-bila masa. Cuma respon daripada Admin akan tertakluk pada kelapangan masa. Sesama peserta boleh sahaja bertukar pandangan mengikut kesesuaian keadaan

Admin akan mengadakan 3 kali sesi VIDEO CALL secara QUAD sekurang-kurangnya untuk tempoh 45 minit. Perbincangan boleh sahaja dilanjutkan mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Admin akan memastikan 3 peserta bersetuju dengan satu masa untuk sesi VIDEO CALL tersebut

Semasa sesi VIDEO CALL, peserta hendaklah berpenampilan sopan dan dilihat bersedia. Carilah spot yang baik reception nya. Sebaik-baiknya 4G

Dilarang post sebarang iklan atau isu-isu propaganda seperti bahan politik, mohon sumbangan, tazkirah dan sebagainya. GO4 hanya khusus untuk perbincangan Poligami Harmoni sahaja

Yuran professional untuk GO4 ini adalah RM185 seorang. Yuran ini meliputi:

???? Perbincangan secara TEXT atau VOICE NOTE yang unlimited
???? 3 kali VIDEO CALL yang diuruskan oleh Admin
???? Sekali PERSONAL CALL oleh *Tuan Hisham Namat* sendiri
???? Bahan khusus yang disediakan oleh *Tuan Hisham Namat* sendiri yang akan diemail secara langsung kepada anda

Sekiranya tuan/puan bersetuju dengan segala terma dan syarat di atas, sila isikan maklumat di bawah :